October 18, 2012

SF Beauty (Skincare Product)



yay!

dah ade bisnes sendiri.
mai ramai-ramai pakat tengok gambar kat bawah ni.


SF Beauty in the house!!!!!



SF beauty adalah penemuan daripada sumber semulajadi untuk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi. SF beauty bertindak meningkatkan metabolisma kulit dengan penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.

SF beauty terdapat 2 packaging yang berlainan iaitu bekas kaca dan juga plastik. Bekas kaca adalah untuk dipasarkan dikalangan orang-orang kenamaan dan tertentu sahaja. Ini adalah kerana pengguna SF beauty adalah terdiri daripada beberapa golongan termasuklah golongan kenamaan. Namun pengguna tidak perlu risau kerana ia adalah produk yang sama. Terpulang kepada anda mahu yang bekas kaca atau plastik. Tapi kami memilih bekas plastik untuk dijual supaya memudahkan proses pengbungkusan dan penghantaran.

Mengandungi Vitamin E untuk merawat muka dengan menghilangkan jerawat, jeragat, bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.

Produk Sf Beauty tidak mengandungi hidroquinon yang menipiskan kulit muka, merah/memeritkan kulit muka namun tidak disarankan pada mereka yang memiliki kulit sangat sensitif dan alah pada bahan kosmetik. Ia membersih dan merawat secara lembut dan semulajadi.


produk ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia




Sabun Vit-C (warna hijau) 


khusus untuk kulit sensitif/jerawat, banyak parut atau terlalu berminyak. Ia juga sesuai bagi mereka yang 

mempunyai masalah resdung kerana ia bertindak lebih lembut pada kulit.

Sabun Vit-E (warna kuning)

untuk kulit normal, kering, gelap, kusam, tona tidak sekata, pori2 terbuka, kedutan halus, berjeragat (sesuai 

untuk mereka yang tiada masalah kulit teruk terutama bagi yang berusia 30-an ke atas)




Fungsi KRIM SIANG SF BEAUTY
1.melindungi permukaan kulit wajah dari spektrum UV sinar matahari 
2. mencegah penuaan
3. alas bedak
4. melembapkan struktur dalaman kulit wajah
5. mengelakkan kulit menjadi kering dan rosak
6. menghilangkan garis2 pada wajah untuk lebih tegang dan kelihatan muda
7. menyegarkan kulit sepanjang hari
8. permukaan wajah akan kelihatan gebu dan lebih licin dengan penggunaan krim siang yang lebih kerap
9. mengelakkan wajah ditumbuhi jeragat hitam
10. mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit wajah




mengapa KRIM MALAM SF BEAUTY harus digunakan?
1. krim malam membantu menyegar dan memperbaiki semula jaringan sel wajah yang terganggu selama kita melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari di siang hari
2. krim mlm akan menutrisi dan meremajakan kulit wajah
3. menghalus, dan mengecilkan liang pori
4. menstimulasi pembentukan jaringan kulit baru
5. mengurangkan kedutan dan noda hitam di wajah
6. memutih dengan kadar yang optima
7. meningkatkan keanjalan struktur wajah
8. menghilangkan jerawat dan parut lama
9. memberi kelembapan dan kesegaran pada wajah
10. dengna menggunakan krim malam, kita dapat menghilangkan stress kerana wajah dan tubuh akan seiring untik beristirehat.




TIPS PENTING Bagi Pengguna Baru SF Beauty

1) Pilih Set Yg Betul
Kulit Normal & jeragat sila guna kn Set Vit E.
Kulit Jerawat &  Sensitif sila guna Set Vit C.
Kulit bermasalah seperti jerawat bernanah, gatal2 kurap di muka, atas kelopak mata dan alah kpd kosmetik, sila dapatkan rawatan doktor.

2) Kekerapan bersabun.
Jangan terlalu kerap menggunakan sabun kerana ia akan mengaktifkan sel2 kulit menghasilkan minyak. Minyak yagn banyak akan mengundang masalah jerawat. Cukup sekadar mencuci muka 2-3x sehari je. 

3) Larangan mencapur2 bahan kosmetik brand lain.
Untuk kesan yang sempurna, elakkan mencampur adukkan penggunaan Sf Beauty dengan produk penjagaan kulit yang lain. 
Contoh: Toner brand A, Scrub brand B, Pencuci muka brand C, Krim Siang brand D, tiba2 krim malam brand Sf Beauty. Kalau begini, masalah kulit muka anda tidak akan pulih.

4) Elakkan penggunaan Bedak Padat, Foundation,Concealer.
2 minggu pertama penggunaan SF Beauty, elakkan menyapu compact powder, foundation, concealer dan segala2.bebaskan diri anda dari make up. Yang perlu cuma pakai krim siang saja. Bg yang tak biasa muka berkilat, cuma sapukan nipis2 seperti bedak baby.
Ingat, sapu nipis saja ya.. Bila kesan-kesan awal penggunaan SF Beauty dah berlalu, baru lah boleh menggunaan compact powder.
saya dulu pakai foundation. since guna SF Beauty, dah tak guna foundation. just guna face powder saja.
Jimat duit, jimat masa! =)

5) Penggunaan Toner.
Bagi yang dah biasa dengan rutin menggunakan toner, sila tipu otak anda dengan meletakkan air mineral di dalam bekas spray. Setiap kali mahu menggunakan krim siang/malam, spray sedikit air mineral pada kapas dan sapu pada muka. Ia akan membantu sapuan lebih rata pada kulit.
Mengapa sy mengajar anda untuk menipu otak sendiri? Ini kerana, SF beauty tidak mempunyai toner dan tidak memerlukan toner. Bahan yang terkandung di dalam sabun, krim malam & siang sudah memadai untuk memperbaiki tekstur kulit anda.

6) Tempoh pemulihan kulit.
Sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga sebulan bagi kulit menjalani proses pemulihan. Kesan gatal-gatal, tegang, penggelupasan halus adalah normal di awal penggunaan SF Beauty. Ia biasanya berkurangan selepas 2 minggu.
Jika dalam sebulan kesan gatal-gatal, tegang dan mengelupas tak hilang, itu bermakna kulit anda adalah kulit sensitif dan perlu beralih pada sabun Vit C. (saya memang guna sabun Vit C sebab kulit saya sensitif).

7) Alamak dah tersalah beli sabun, budget tak ada..mcm mana ni?
Bagi individu yang dah tersedar dirinya memerlukan sabun Vit C, tetapi tidak mempunyai budget menukar sabun Vit E ke Vit C, boleh cuba buat begini..
Gunakan sabun Vit E yang telah anda terbeli tu, tetapi semasa membasuh muka jangan biarkan buih lama2 diatas muka. cukup hanya dengan meratakan buih di sekitar muka saja. Tak perlu sental beriya-iya. Dah ada budget, boleh beli sabun Vit C  =)

8) Jangan putus asa.
Sila jangan berputus asa sekiranya tak suka dengan kesan awal SF Beauty. Sabar, Usaha, Berdoa & Tawakkal. Sila memakainye mengikut arahan. Sila selang seli dengan penggunaan krim malam untuk mengurangkan kesan awal tersebut. Tapi jangan tak pakai terus krim malam, ini kerana di dalamnya terkandung Vitamin E dan Sarang Burung Walit yang membantu proses mencantikkan kulit, menghilangkan parut, dan menggebukan kulit. Hasilnya kulit lebih cerah, gebu dan bestttt~! 


Any inquiries, you can email me at: ara_athirah@yahoo.com 


No comments: